Maktab Rendah Sains MARA Mersing

Maktab Rendah Sains MARA Mersing

Monday, 4 April 2011

ASPURI MOMENTS

 Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi,akhirnya minggu aspuri 2011 dapat juga berjalan dgn lancarnya.Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustzah ISHQI,penasihat minggu aspuri serta semua AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga kepada semua warga aspuri yg telah memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Terima kasih banyak2!.you all the best laa!!!

Baik. Mari saya imbas kembali detik-detik kenangan ini. Bermula jam 12.30 tgh hari, pelajar puteri telah menghadiri slot fardhu ain yg dikendalikan oleh ustzah Ishqi sendiri.Bagi pelajar non muslim pula, mereka telah diberikan sedikit 'talk' oleh ckgu Juhaida. Secara umumnya, aktiviti ini adalah untuk mendedahkan berkenaan kisah hidup serikandi islam dan tokoh-tokoh wanita berjaya kepada palajar aspuri.

Pada malam 1 Mei telah berlangsungnya GIRLS NIGHT dimana pelajar-pelajar puteri ini diberi peluang untk menebarkan sayap mereka di dlm bidang seni. Antaranya ialah pertandingan menyanyi dan memperagakan pakaian. Masing-masing berusaha sedaya upaya untk mncapai kemenangan. Namun, ada sebahagian yg berkata, " Kami tak menang pun tak ape.yang penting kami dapat merehatkan minda sedikit daripada bebanan pelajaran.".yes.betul.betul. Memang itu laa tujuan kami mengadakan program tersebut. Selain itu, kami juga ingin memupuk sikap daya saing secara sihat antara para pelajar.

AJK KAWALAN MINGGU ASPURI

PESERTA-PESERTA GIRLS NIGHT

SALAH SEORANG PESERTA NON MUSLIM.

PESERTA DAN AJK.
OKEY!!. Keesokan harinya pula kami ada qiammullail. Bile dgr QIAMULLAIL je semua budak dah bising. "alaa..ade qiam ke?"."aduh.mcm mane aku nak bgn pagi ni?.subuh pon aku tak pegi."."ahhh...malas laa.qiam je kot.". haaa...tapi.apa yg terjadi pada pagi itu sangat membanggakan. Surau Al-Firdaus pada pagi itu penuh dgn selipar2 pelajar puteri di luar. Terima kasih ye kepada yang pergi!!

Petang itu,ada aktiviti membuat kek dalam aras masing-masing. Pelbagai rupa dan bentuk kreativ dapat kami lihat hasil karya pelajar puteri.

Sebelah malam nye pula kami ada malam AURORA. waaahh.. dasyat kan nama?. Sebenarnya ni dinner biasa-biasa je.hehe. Tapi disebabkan kerjasama yg baik dari semua pihak, malam AURORA yg betemakan ala ala arab gitu telah menjadi meriah. Tambahan lagi sokongan dari guru2 yg hadir membuatkan kami lagi bersemangat utk meneruskan acara. TERIMA KASIH CIKGU!!
















Pagi ahad pula,kami telah beraeorobik bersama pelajar tingkatan 4. Terima kasih kepada adik-adik tingkatan 4. Aeorobik awak semua memang sangat menyeronokkan!!.
Adegan kami yang terakhir adalah slot pahit manis kehidupan. Semua bilik dikehendaki bertukar-tukar coklat hasil daripada undian yang telah dibuat. Masing-masing bila dapat coklat, tanpa fikir panjang.... NGGAAAAP!. haha.takpelaa. Bila wak semua gembira,kami pihak BWP lagi gembira. Harap segala aktiviti yg dijalankan dpt memberi serba sedikit manfaat. Ambil pengajaran yg tersirat disebalik aktiviti.Moga tema minggu Aspuri ' Hormati yang tua, sayangi yang muda' terus kekal menjadi tradisi warga aspuri sampai generasi yang seterusnya.AMIN!!.

P/S: maaf laa ye.gamba tak boleh nak tegakkan.ade kesulitan yg tak dapat dikenal pasti. =)

No comments:

Post a Comment

Smile!!

Smile!!
kami bersama penasihat.raya 2010

selepas program MISRA 2011.