Maktab Rendah Sains MARA Mersing

Maktab Rendah Sains MARA Mersing

Monday 4 April 2011

ASPURI MOMENTS

 Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi,akhirnya minggu aspuri 2011 dapat juga berjalan dgn lancarnya.Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustzah ISHQI,penasihat minggu aspuri serta semua AJK yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga kepada semua warga aspuri yg telah memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Terima kasih banyak2!.you all the best laa!!!

Baik. Mari saya imbas kembali detik-detik kenangan ini. Bermula jam 12.30 tgh hari, pelajar puteri telah menghadiri slot fardhu ain yg dikendalikan oleh ustzah Ishqi sendiri.Bagi pelajar non muslim pula, mereka telah diberikan sedikit 'talk' oleh ckgu Juhaida. Secara umumnya, aktiviti ini adalah untuk mendedahkan berkenaan kisah hidup serikandi islam dan tokoh-tokoh wanita berjaya kepada palajar aspuri.

Pada malam 1 Mei telah berlangsungnya GIRLS NIGHT dimana pelajar-pelajar puteri ini diberi peluang untk menebarkan sayap mereka di dlm bidang seni. Antaranya ialah pertandingan menyanyi dan memperagakan pakaian. Masing-masing berusaha sedaya upaya untk mncapai kemenangan. Namun, ada sebahagian yg berkata, " Kami tak menang pun tak ape.yang penting kami dapat merehatkan minda sedikit daripada bebanan pelajaran.".yes.betul.betul. Memang itu laa tujuan kami mengadakan program tersebut. Selain itu, kami juga ingin memupuk sikap daya saing secara sihat antara para pelajar.

AJK KAWALAN MINGGU ASPURI

PESERTA-PESERTA GIRLS NIGHT

SALAH SEORANG PESERTA NON MUSLIM.

PESERTA DAN AJK.
OKEY!!. Keesokan harinya pula kami ada qiammullail. Bile dgr QIAMULLAIL je semua budak dah bising. "alaa..ade qiam ke?"."aduh.mcm mane aku nak bgn pagi ni?.subuh pon aku tak pegi."."ahhh...malas laa.qiam je kot.". haaa...tapi.apa yg terjadi pada pagi itu sangat membanggakan. Surau Al-Firdaus pada pagi itu penuh dgn selipar2 pelajar puteri di luar. Terima kasih ye kepada yang pergi!!

Petang itu,ada aktiviti membuat kek dalam aras masing-masing. Pelbagai rupa dan bentuk kreativ dapat kami lihat hasil karya pelajar puteri.

Sebelah malam nye pula kami ada malam AURORA. waaahh.. dasyat kan nama?. Sebenarnya ni dinner biasa-biasa je.hehe. Tapi disebabkan kerjasama yg baik dari semua pihak, malam AURORA yg betemakan ala ala arab gitu telah menjadi meriah. Tambahan lagi sokongan dari guru2 yg hadir membuatkan kami lagi bersemangat utk meneruskan acara. TERIMA KASIH CIKGU!!
















Pagi ahad pula,kami telah beraeorobik bersama pelajar tingkatan 4. Terima kasih kepada adik-adik tingkatan 4. Aeorobik awak semua memang sangat menyeronokkan!!.
Adegan kami yang terakhir adalah slot pahit manis kehidupan. Semua bilik dikehendaki bertukar-tukar coklat hasil daripada undian yang telah dibuat. Masing-masing bila dapat coklat, tanpa fikir panjang.... NGGAAAAP!. haha.takpelaa. Bila wak semua gembira,kami pihak BWP lagi gembira. Harap segala aktiviti yg dijalankan dpt memberi serba sedikit manfaat. Ambil pengajaran yg tersirat disebalik aktiviti.Moga tema minggu Aspuri ' Hormati yang tua, sayangi yang muda' terus kekal menjadi tradisi warga aspuri sampai generasi yang seterusnya.AMIN!!.

P/S: maaf laa ye.gamba tak boleh nak tegakkan.ade kesulitan yg tak dapat dikenal pasti. =)

Saturday 2 April 2011

Aktiviti setiap hari Ahad - Inspection

gotong-royong asrama setiap pagi...

kutip2 sampah...

ketua blok aspura 2011..Mohd Izham b Zamli..

ketua guru asrama 2011..En Khairol Anuar B Mohamed

Cadangan "inspection" @ gotong-royong asrama daripada Cikgu Khairol aka KGA sengat bernas kerana setiap hari Ahad dan Rabu akan diadakan "inspection" untuk memastikan keadaan asrama sentiasa bersih dan selesa untuk berehat.Barisan Kepimpinan Pelajar terutama ketua blok, Mohd Izham B Zamli bertanggungjawab untuk memastikan gotong-royong bejalan lancar.Semoga aktiviti ini dapat dijadikan budaya di MRSM Mersing dan kami berharap semua pelajar memberi kerjasama kepada kami.

MISRA 2011

Slot BWP MISRA 2011...



Minggu Silaturahim 2011 yang melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 4 untuk mengikat ukhuwah antara mereka dan ahli BWP. Semoga ikatan ini berkekalan selamanya dan menuntut ilmu dalam keadaan yang selesa di maktab tercinta.

Kem Kepimpinan 2011 - Badan Kepimpinan Pelajar (BKP)

tibe2 pulak nombor bas kitorang BKP...

bas BKP...

sesi bergambar BWP...

Kem kepimpinan ini diadakan di Tanjung Resang. Aktiviti semasa program ini sungguh bermanfaat kepada kami untuk memimpin pelajar dan juga diri sendiri. Pelbagai ilmu yang diturunkan kepada kami supaya menjadi pemimpin yang berdedikasi dan juga dihormati. Semoga BKP 10/11 menjadi pemimpin yang amanah dan jujur serta menjadi BKP yang terbaik dengan melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas.

Minggu Aktiviti Semester 1 2011

Slot BWP - Explorace
Slot BWP - Explorace
Slot LDP - Counter Strike

Slot LDP - Counter Strike

Slot PRS - Ceramah Motivasi

Slot PRS - Ceramah Motivasi

Slot PSP

Slot PSP

Penyelaras minggu aktiviti semester 1 2011 ialah Cikgu Elly dan BKP sebagai ahli jawatankuasa.Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pelajar kerana telah memberi kerjasama yang baik.
Semoga minggu aktiviti terakhir yang diuruskan oleh kami ini menjadi ingatan dan kenangan manis kepada semua pelajar di MRSM Mersing.

Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata. 2 April 2011 dengan rasminya bermulalah portal rasmi Badan Wakil Pelajar (BWP) tahun 2010 / 2011 dengan hasil usaha kami bersama. Masih belum terlambat lagi untuk memperkenalkan diri kami sebagai pemimpin pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Mersing, Johor.Semoga blog ini dapat menyampaikan serba sedikit maklumat dan informasi kepada semua serta dapat dimanfaat dengan sebaiknya.  

Slide Show Minggu Aktiviti Sem1 2011

Smile!!

Smile!!
kami bersama penasihat.raya 2010

selepas program MISRA 2011.